Sunday, 30 September 2012

pilihan hati

kata-kata pilihan hati...

*Dahulukan dengan mengucapkan salam,senyuman dan hormat kepada mereka...curahkan perhatian agar kita menjadi orang yang paling mereka cintai dan dekat dengan mereka...

*Jika jiwa sudah indah dan bahagia....ia akan nampak malam seperti pesta besar,melihat fajar seperti indahnya kolam,semua insan yang kita nampak seperti berkasih sayang dan pondok buruk seperti istana yang dijaga rapi.....

*Izinkan aku terus menyayangi dirimu...merinduimu dan terus mencintaimu...kerana kaulah cintaku.

Friday, 28 September 2012

impian

hari ini....tiba-tiba kak gie teringin nak berehat secukup-cukupnya...setelah hampir sebulan bertungkus lumus dengan jadual yang begitu padat...rasanya kak gie tak mahu buat apa-apa....kak gie hanya....:

* tidur sepuas hati
*makan makanan yang sedap
*kalau dapat ke spa....
*tengok wayang
--..........BESTNYAAAAA......

-nak kosongkan kepenatan....

Wednesday, 26 September 2012

lumrah kehidupan

JANGAN bersedih jika hari ini kita tahu kasih sayang telah hilang.....
kerana ada kasih sayang yang hebat menanti kita....asalkan kita tidak lupa padaNYA,

JANGAN...tangisi pemergian yang tersayang,,,....kerana itu adalah perjanjianNYA..
Kita bina keyakinan diri...dari hinaan dan cacian...kita bangkit teguh berdiri..
pedulikan pandangan sekitar asal kita tahu hala tuju kita...biar dilandasan yang betul..
kerana dihadapan kita menanti sebuah harapan baru,
yang kita adalah penghuninya.....

kuatkan semangat teman.....
biar disisi kita tiada yang memahami,biar disisi kita hanya ada kepuraan,
kepuraan yang mengaburi kita...kesetiaan yang seketika.. 
NAMUN....kita mampu berdiri..kerana kita mahu yang terbaik dalam hidup kita,
langkah kita atur penuh teliti...supaya kita tidak terjatuh sekali lagi...

Terima kasih....
kerana...masih ada tangan yang sudi menghulur ketika kita hampir lemas...
hargailah setiap detik....kerana tiba masa ia akan hilang juga.....

istimewa buat teman....jangan bersedih lagi....

persahabatan

Melambangkan ikatan yang kukuh...susah senang diharungi bersama...ibarat cubit peha kiri..peha kanan jua merasa ..itulah sahabat sejati...seronokkan kalau ada sahabat yang sentiasa ada ketika kita memerlukan dan begitu sebaliknya...rahsia disimpan rapi-rapi,kerana curahan rahsia atas dasar kepercayaan...

 ketika umur kak gie 13 tahun dulu...kak gie mempunyai 3 Orang sahabat yang paling akrab....seronok bersama..banyak kenangan yang kak gie lalui..seorang cantik,pemalu dan pandai antara kami bertiga,seorang lagi suka melawa....emmm...fesyen-fesyen terkini semua diikuti..seorang lagi sentiasa jadi rebutan kaum-kaum adam ketika itu...kak gie...????......sederhana sahaja.....bila meningkat dewasa lebih dari umur 13 tentunya....masing-masing..sibuk dengan tugas dan pelajaran....sehingga kami dipisahkan oleh tuntutan kewajipan..masing-masing belajar di tempat yang berlainan..sekali-sekala kami akan berjumpa untuk bercerita tentang hal diri sendiri....SERONOKNYA saat itu....

Hari ini...persahabatan itu sentiasa ada..dan kak gie senang dengan persahabatan ini ditambah pula dengan adanya teman karib kak gie yang sentiasa memberi dorongan dan pandangan...walaupun usia semakin meningkat tidak semestinya kita matang dalam membuat keputusan..pandangan teman-teman lain perlu kita fikirkan...

TAPI.....
nasihat kak gie berhati-hati....kerana ada sahabat yang sanggup melukakan hati sahabatnya sendiri untuk kepuasan diri sendiri....jangan bersedih kerana sahabat seperti itu akhirnya akan sedar bahawa "langitnya tidak selalu cerah"....suatu hari akan ada kesedaran bahawa itu kesalahannya yang paling besar kerana melukakan hati sahabat yang lain....

Untuk itu....berkawan dan bersahabat biarlah bersederhana...kerana ketika kita gundah gelana,hati keluh kesah...bimbang menguasai diri...bukan semua boleh kita kongsikan dengan sahabat....simpanlah sedikit RAHSIA DIRI....kerana DIA yang Maha Mengetahui Rahsiamu.....

Tuesday, 25 September 2012

kerinduan

Siapa yang tak pernah merasai kerinduan??...

BOHONG....!!!!.

Jika ada yang mengatakan perasaan itu tidak pernah ujud dalam dirinya....
rindu adalah perasaan yang datang kerana ada rasa sayang dan cinta....
jika perasaan itu tiada...bermakna tiada sayang dan cinta.

BENAR....

Rasa rindu itu perit...sakit...dan menyiksakan..
tapi ada manisnya...bila kerinduan itu dirasai bersama
bertambah manis jika disulami dengan ucapan bermakna.

JADI.....

Mulakan dari saat ini,
semai kerinduan untuk yang tersayang,
taburi dengan kata-kata yang penuh bermakna
kata-kata yang bukan kepalsuan,
yang lahir dari sanubari penuh IKHLAS....

'semoga kekal dan berpanjangan..." 


PERMATA HATIKU

ALHAMDULILLAH..

Kak gie dikurniakan dua cahaya mata lelaki....yang sulung sekarang berumur 13 tahun dan yang paling kecil sembilan tahun....susah senang membesarkan anak seperti juga ibu-ibu yang lain..
ada musimnya tingkahlaku anak-anak cukup menyenangkan..  ada ketikanya...hanya yang bergelar ibu mengetahui....

Ketika diri tak dapat mengawal kemarahan atas sesuatu yang dilakukan anak-anak...kita seperti tidak sedar yang suatu ketika dulu kita pernah menjalani tingkahlaku seperti itu....dan bila malam tiba..ketika anak-anak tidur...raut wajah mereka kita hampiri....IBU SAYANG KAMU BERDUA....

Itulah sikap amarah dan kasih sayang seorang ibu....tegur dan marah kerana sayang...
Tapi anak-anak kadang-kadang tidak mengerti...emmm..tentulah..kerana mereka masih anak-anak dan cuba kita memaling sekejap ke belakang....KITA DULU JUGA SEPERTI ITU.....

Bagi yang bakal menjadi ibu dan ayah..atau yang baru sahaja menerima permata hati pemberian ILLAHI...ingatlah...mereka amanah kita....sakit mereka..kalau boleh ingin ditukar ganti dengan kita...itulah sayangnya seorang ibu....

Monday, 24 September 2012

CINTA PERTAMA

cinta pertama....

Kelakar kalau diingat-ingat cinta pertama....ketika itu masih kecil-kecil lagi..rasanya itulah pasangan kita yang paling baik,cantik......,tampan,hensem...kita ketika itu rasanya sanggup merenang lautan api.meredah onak duri...semua kita sanggup...

Tapi bila kita melangkah ke alam yang lebih matang...kata orang berpengalaman.."berpijak dibumi yang nyata"...kita sedar rupanya dunia ini luas....banyak hal yang berlaku dari luar kamus harian kita...pilihan dihadapan kita...tapi JANGAN TERSALAH PILIH DIKKKK.....macamana nak tau betul ke tidak pilihan kita????....

Bukan soal jodoh saja kena berhati-hati memilih....semua hal perlu berhati-hati..dari percakapan,tingkahlaku dan geraktutur....Malahan NIAT juga perlu difikirkan dengan teliti...
setelah pilihan dibuat..kita perlu bertanggungjawab dengan pilihan kita...kalau ada yang kurang kita jadi penambah serta pelengkap....barulah manis kehidupan seharian kita....

Apa yang telah ditakdirkan oleh ALLAH...kita terima dengan redha...andai pilihan kita tepat UCAPKAN SYUKUR...andai pilihan kita tersasar...kita cuba perbetulkan dilandasan yang betul...andai itu PINJAMAN yang ALLAH bagi untuk seketika...kita terima... walau hati dan fikiran tidak dapat menerima....kita perlu fikir dengan hati terbuka...ADA SEBABNYA ......

Sunday, 23 September 2012

tabir waktu


TABIR WAKTU....

Satu ketika dulu aku menagih kasih sayang darimu,
perhatianmu kita curi untuk kemenangan
sehingga ada yang merajuk panjang
walaupun dia dari aliran nadi yang sama

Aku melangkah bersama waktu
jerit perit dirimu aku memandang dengan sinar
ada ketika pemikiran melangkau usia
sehingga aku berdosa kepadamu

Teguran dan kata sayang  darimu
kekadang aku salah ertikan
detik hati berbicara
"Ahhhh...dia bukan sayang padaku"

Hari ini....
aku mengerti segala-galanya
kasih sayangmu adil
 aku berdiri diwaktu itu
dan aku semakin mengerti..

Menagih kasih sayang,perhatian..
semua itu berputar dalam tabir waktuku
yang suatu ketika dulu digarisan waktumu
AKU SEMAKIN MENGERTI.....

MAAFKAN AKU...

Jika aku sebelum ini tidak mengerti
atau pura-pura tidak memahami..
itulah tabir waktu...ibu..aku..dan anak...



 


Saturday, 22 September 2012

kepalsuan

Kepalsuan dan kepura-puraan...

Ejaan yang berlainan.....tapi melambangkan negetif....untuk menilai semua ini perlukan kemahiran dan kepandaian....

SUKAR BUKAN.... ?.....jika kita tiada kemahiran dan kepandaian...tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..kerana tidak ada sesuatu yang paling HEBAT pun kecuali Kekuasaan ALLAH......

.....JADI....jauhkan diri kita dari sifat negetif ini....memang sukar untuk berubah menjadi baik..tetapi selagi kita tidak mencuba, kebaikan itu tidak akan ada dalam diri kita.....

Sama-samalh kita berubah dan berusaha membaiki kelemahan diri ...INSYAALLAH...niat yang baik akan termakbul jua..amin....

Friday, 21 September 2012

teliti

Syukur kepada ALLAH kerana memberi nafas untuk kita semua menikmati kehidupan didunia ini...

kak gie ingin berbicara mengenai betapa perlu kita meneliti dan berfikir sebelum berkata-kata,kerana tanpa sedari kita sebenarnya boleh mengguris hati dan perasaan insan lain...memang sukar untuk memastikan kata-kata yang diucapkan tidak menyinggung hati insan lain.kerana kita adalah hambaNYA yang serba kekurangan.

Banyak kekurangan diri kita...kita menilai diri kita dari setiap sudut...dan pandangan insan lain juga perlu diambil kira...kadang-kadang kita cepat melatah bila kekurangan diri kita disebut dan dibicarakan...begitu juga kak gie...tapi satu ketika nanti kita sedar itulah kekurangan kita yang pernah disebut dan dibicarakan...akhirnya kita akur dengan semua itu..

Sebagai insan...kita jadikan ikhtibar,kita perbetulkan apa yang perlu kita perbaiki...kerana kita bukannya insan yang SEMPURNA....air mata adalah teman yang paling setia bila kita meneliti diri kita sepenuhnya.....memohon dan merendahkan diri kita kepadaNYA  kerana itulah jalan yang TERBAIK.....

penantian

Menunggu sesuatu yang kadang-kadang begitu membosankan....ia melibatkan masa,keikhlasan dan kejujuran.....ada yang sanggup menunggu bertahun-tahun atas sesuatu yang tak pasti dalam hidupnya....tetapi atas dasar KEMUNGKINAN.....terus menunggu....

Kadang-kadang menunggu sebuah penantian yang menjanjikan kebahagian,rasanya berbaloi-baloi...
Tapi sebagai manusia yang lemah ,segala kebahgiaan telah diatur olehNYA....Kita hanya mampu berserah dan berdoa....

Doa kak gie....semoga segala penantian yang kita semua harapkan akan berakhir dengan kebahgiaan dan jangan persiakan segala penantian selama ini.....HARGAILAH......

Thursday, 20 September 2012

kosong....kosong...kosonggg....

Sinonim dgn lagu Najwa Latiff.....perasaan seorang wanita jika sering ditinggalkan oleh sang kekasih....bkn kerana tugas...tpi suka menghabiskan masa dengan aktiviti peribadi.....tolonglah memahami perasaan  itu.....

Kekosongan itu tidak boleh dikongsi dengan sesiapa pun....kerana tiada siapa yang mengerti,hanya dia yang bernama kekasih yang layak mengisi kekosongan itu....aduhai ....sedih bila memikirkan hal yang banyak berlaku...

 Pandangan kak gie....

Sayang dn sematkn rasa kecintaan pada pasangan masing-masing...pupuk dengan penuh ikhlas..kerana bila salah seorang tiada kita akan merasai kekosongan itu dengan penuh keperitan...ketika itu laungan kehilangan tidak akan sesiapa mengerti,kerana ruang kasih sayang itu telah lenyap dan ..... KOSONG.....

Wednesday, 19 September 2012

berjauhan

Kisah kehidupan isteri yang berjauhan dengan suami tercinta kerana tugas dan tanggungjawab masing2.....kesabaran dan kejujuran adalah penting dalam kehidupan pasangan seperti ini..mungkin ramai yang mengatakan "tak sayang suami@ isteri ke..berjauhan seperti ini?....pada pandangan kak gie...sebenarnya ada pelbagai kesan dalam kehidupan kita....ketabahan paling penting disulami dengan kekuatan yang tiada penghujung...kita yang tahu kehidupan kita..namun berterima kasih juga kepada yang menunjukkan kebimbangan walau dalam bentuk apa sekali pun....mungkin berjauhan akan menambahkan lagi rasa kasih dan sayang dan ada juga yang diduga dengan pelbagai kerenah kehidupan....

SABARLAH...

.jika kita sering memikirkan kehancuran maka serba sedikit kehancuran hampir kepada kita....fikirkan KEBAHAGIAAN DAN KEDAMAIAN....itu jalan yang terbaik...berdoa dan terus berdoa agar perjalanan hidup kita akan menuju kemanisan....aminn..

Tuesday, 18 September 2012

ketabahan




Sukarnya belajar menjadi manusia yang tabah...kadang2 kita sedaya upaya ingin menjadi setabah dan sekuat ombak dipantai...ttpi dengan sebaris kata2 air mata mengalir jua.....ttpi kita perlu ingat air mata yang mengalir itu merupakan aliran ketabahan yang kita semat rapi selama ini....hanya mengalir bila adanya sentuhan kata2 yg ikhlas dari bibir yang mengerti....

   

Salam...

Ada ketikanya... 
Hati begitu memberontak, amarah menguasai diri kerana yang dihajati disekat dengan pelbagai rintangan... 
Tapi tahukah kita sebenarnya kegagalan kita itu diberi kerana dihadapan kita telah disediakan kemanisan dan kebahagiaan... 
Semoga kemanisan itu berpanjangan... 
Amin...