Wednesday 26 September 2012

persahabatan

Melambangkan ikatan yang kukuh...susah senang diharungi bersama...ibarat cubit peha kiri..peha kanan jua merasa ..itulah sahabat sejati...seronokkan kalau ada sahabat yang sentiasa ada ketika kita memerlukan dan begitu sebaliknya...rahsia disimpan rapi-rapi,kerana curahan rahsia atas dasar kepercayaan...

 ketika umur kak gie 13 tahun dulu...kak gie mempunyai 3 Orang sahabat yang paling akrab....seronok bersama..banyak kenangan yang kak gie lalui..seorang cantik,pemalu dan pandai antara kami bertiga,seorang lagi suka melawa....emmm...fesyen-fesyen terkini semua diikuti..seorang lagi sentiasa jadi rebutan kaum-kaum adam ketika itu...kak gie...????......sederhana sahaja.....bila meningkat dewasa lebih dari umur 13 tentunya....masing-masing..sibuk dengan tugas dan pelajaran....sehingga kami dipisahkan oleh tuntutan kewajipan..masing-masing belajar di tempat yang berlainan..sekali-sekala kami akan berjumpa untuk bercerita tentang hal diri sendiri....SERONOKNYA saat itu....

Hari ini...persahabatan itu sentiasa ada..dan kak gie senang dengan persahabatan ini ditambah pula dengan adanya teman karib kak gie yang sentiasa memberi dorongan dan pandangan...walaupun usia semakin meningkat tidak semestinya kita matang dalam membuat keputusan..pandangan teman-teman lain perlu kita fikirkan...

TAPI.....
nasihat kak gie berhati-hati....kerana ada sahabat yang sanggup melukakan hati sahabatnya sendiri untuk kepuasan diri sendiri....jangan bersedih kerana sahabat seperti itu akhirnya akan sedar bahawa "langitnya tidak selalu cerah"....suatu hari akan ada kesedaran bahawa itu kesalahannya yang paling besar kerana melukakan hati sahabat yang lain....

Untuk itu....berkawan dan bersahabat biarlah bersederhana...kerana ketika kita gundah gelana,hati keluh kesah...bimbang menguasai diri...bukan semua boleh kita kongsikan dengan sahabat....simpanlah sedikit RAHSIA DIRI....kerana DIA yang Maha Mengetahui Rahsiamu.....

No comments:

Post a Comment