Friday 28 December 2012

TANGGUNGJAWAB

Assalamualaikum....selamat pagi....alhamdulillah kak gie masih diberi oleh ALLAH waktu untuk kak gie meneruskan kehidupan hari ini....tersedar awal pagi jam 4.ooam....kak gie boleh menyiapkan sedikit tugasan sebagai ibu..guru dan juga pelajar....jam 7.00 pagi nanti ada program di sekolah dan harapnya semua berjalan lancar..

kak gie ingin memperkatakan tentang "TANGGUNGJAWAB"......setiap dari kita perlu mengambil berat tentang isu ini...tidak kiralah siapa diri kita...ibu..ayah..anak...pelajar..kawan..cikgu....selagi kita bergelar MANUSIA...tanggungjawab itu perlu kita tunaikan...jika kita lari dari tanggungjawab atau "BUAT TAK KISAH".....kita akan menerima natijahnya....jadi TANGGUNGJAWAB itu kita kena laksanakan agar kehidupan kita akan di beri rahmat olehNYA..AMIN...

Wednesday 26 December 2012

esok kerja

Assalamualaikum dan selamat pagi...sudah puas bercuti panjang...esok hari pertama meting...berjumpa dengan rakan -rakan sejawat...dan akan bermula tugas seperti biasa..
bila berjumpa dengan rakan ¤- rakan banyak yang ingin diceritakan dan masing-masing dengan keseronokkan tersendiri...
ikutkan perancangan kak gie ingin bercuti dilangkawi selepas exam sem 6...tapi keadaan tidak mengizinkan..insyaalah...hujung tahun depan sajalah...ada hal yang lebih penting..jadi perlu didahulukan...ok...baru saja sampai dari kampung...mata dah mengantuk...badan letih...Assalamualaikum........

Saturday 15 December 2012

tahun baru

Assalamualaikum....pejam celik..pejam celik..tahun 2012 bakal meninggalkan kita..dan tidak berapa lama lagi kita akan memyambut tahun baru...emmm...biarlah azam pun baru dan pastikan azam yang lepas telah dilaksanakan...

Bagi ibubapa tentu sibuk membeli kelengkapan untuk anak-anak memasuki persekolahan...terutama bagi yang pertama kali membuat persiapan untuk anak sulung memasuki sekolah...panikkk...tak tahu macamana nak uruskan..kalau boleh semua kita nak uruskan...ye lah....teruja..seronok tengok ibubapa membuat persiapan..anak-anak pula macam tak sabar-sabar nak memakai baju seragam sekolah...alahaiii..cutenya..bagi yang baru memasuki tahun satu....ibubapa yang tak senang duduk...sabar..anak-anak sekarang cukup berdikari...bila melangkah masuk ke dalam kelas kali pertama penuh gaya...seronokkan?....indahnya dunia kanak-kanak.....

Sunday 9 December 2012

manusia.....

Assalamualaikum....Apa khabar.?..kak gie harap semuanya sihat dan bahagia....doakan kak gie begitu juga...Hari nie kak gie dan teman sebilik kak gie dan juga merupakan kawan sekuliah berpeluang melihat keindahan pantai di Melaka....Ya ALLAH...terlalu indah....rugi bagi sesiapa yang tidak menyedari semua itu...kerana itulah yang ALLAH berikan   penglihatan untuk melihat sesuatu yang baik dan indah....

Teringat kak gie tentang peristiwa tsunami...itulah ujian yang ALLAH berikan kepada umatnya..untuk kita lebih mendekatkan diri kepadaNYA...namun kita sebagai manusia sering lupa akan peringatan itu...kita sering alpa..kita sering lalai...namun sebagai hambaNYA....doakan yang terbaik dalam hidup kita,agar kehidupan dan perjalanan kita semakin hari semakin baik dan mendapat keberkatan dari ALLAH...AMINNN......

Sunday 2 December 2012

kita berkongsi

Assalamualaikum....semoga adik- sihat bersama yang tersayang...coretan kak gie kali ini mengenai tanggunjawab seorang lelaki yang bergelar suami...

sebagai lelaki yang bergelar suami...perlu bersedia memikul amanah yang diberikan...perlu bersedia dari segi fizikal..mental dan juga kewangan untuk membahagiakan keluarga tersayang....jangan bersikap lepas tangan..sekiranya isterinya berkerjaya..kerana tanggungjawab tetap dilaksanakan dan amanah tetap ada...jangan memandang mudah tanggungjawab itu...suami yang mengambil peluang lepas tangan kerana isterinya bekerja adalah sifat yang perlu dijauhi..kerana itu menunjukkan  bahawa lelaki tersebut belum bersedia untuk memikul tanggungjawab...dan isteri pula perlu mengetahui haknya sebagai isteri...kalau dalam rumahtangga ada sikap bantu membantu dan bertolak perkara yang yang keruh Insyaallah dapat dihindari....berbicara antara suami isteri seperti sahabat...akan dapat meluahkan rasa hati tanpa berselindung...ramai yang kaku untuk berbicara seperti sahabat kerana ada sikap sambil lewa mendengar dan tidak memberi respon secara ikhlas....jadi kita perlu berubah...bukakan minda kita dan perbaiki kesilapan...semoga hidup kita dirahmati ALLAH.....