Wednesday 13 November 2013

rindu

ASSALAMUALAIKUM...maaf..terlalu lama tidak singgah di ruangan ini..bukan lupa..tetapi masa yang tidak menizinkan....kerja sekolah...dengan asemen yang banyak...dan hal-hal lain yang tiba-tiba datang....
Sekejap sajakan setahun....rasanya baru beberapa bulan tahun 2013....sekarang kita hampir meninggalkan tahun 2013...usia pun makin meningkat...apa pun keadaanya...hidupdan bekerja seperti biasa...yang merancang untuk bercuti bersama family...selamat bercuti ye....jaga diri baik-baik...dari kak gie..

Saturday 7 September 2013

Assalamualaikum...selamat pagi...alhamdulillah..sakit kepala kak gie dah berkurangan dari semalam...selepas telan ubat...tidur yang awal dari biasa..tersedar jam 3.30 pagi...anak kak gie masih lagi demam...bila memikirkan hari ini perlu ke sekolah...kak gie perlu sediakan makanan untuk anak2 kak gie...yang mudah sekali masak nasi dan buat sup ayam...semoga anak2 kak gie memahami kesibukan ibunya...program hari ini selepas sekolah ada perjumpaan dengan AJK dineer untuk akhir tahun..semoga segalanya berjalan dgn baik....

Semoga anak kak gie cepat sembuh dari demam..dan doa kak gie hari ini..agar diberi kesihatan serta kekuatan untuk kak gie meneruskan kehidupan...amin

Saturday 10 August 2013

sambil rehat

Assalamualaikum.....selamat malam...maaf sudah lama mencoretkan sesuatu dilaman ini..harap semua sihat dan dapat meraikan aidilfitri dengan penuh kebahagian bersama keluarga tersayang...opppss...nanti sambung lagi ye..kak gie nak teruskan perjalanan..

Saturday 20 July 2013

Assalamualaikum.....terpanggil kak gie setelah membaca sesuatu yang menyayat hati  seorang ibu dan juga pembaca yang lain....dalam hal yang berkaitan dengan perginya anak kecil kerana perkara yang merangkumi qada dan qadar ALLAH TAALA...dapat dibayangkanrasa seribu penyesalan ibu berkenaan...

Apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita adalah bersebab...hanya DIA mengetahui...dan kita sebagai hambanya perlu tabah dalam kehidupan...semoga apa saja yang berlaku menjadi pedoman dalam hidup kita semua....

Monday 8 July 2013

ramadhan

Assalamualaikum..

In SYA ALLAH...kita semua akan menyambut awal ramadhan pada hari rabu ini .Syukur kepada ALLAH kerana kita masih diberi peluang untuk menunaikan salah satu dari rukun islam.Semoga ramadhan kali ini membawa beribu keberkatan dalam hidup kita.

Inilah masanya untuk memperbanyakkan amal ibadah...semoga semuanya diterima oleh ALLAH...Semoga adik-adik dan sahabat -sahabat dapat menunaikan kewajipan ini dengan hati yang lapang dan IN SYA ALLAH semoga hidup kita bertambah berkat...

Wednesday 26 June 2013

sifat

Assalamualaikum....kak gie rasa nak berkongsi sesuatu hari ini...pernah atau tidak kita bertemu dengan seseorang dalam hidup kita yang hanya "ada...wujud...hadir"...ketika dirinya perlukan sesuatu dari kita...kemudian hilang dalam jangka masa waktu yang lama dan hadir semula ketika perlukan kita....hadirnya setiap kali tanpa perasaan bersalah dengan segala yang berlaku...sedangkan ada satu ketika kita memang perlukannya.
   emmmmmm....susah kita nak tafsirkan sifat begini...jadi pada pandangan kak gie...kita perlu jauhkan diri darinya dari hati kita disakiti untuk sekian kalinya....jadi jika ada sesiapa yang di luar sana memiliki sifat begini...harapan kak gie agar buangkan sifat ini dan berubah menjadi manusia yang berhati ikhlas.....

Saturday 22 June 2013

bicara kakgie

Assalamualaikum...selamat malam...semoga sepanjang hari ini memberi seribu kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua..dan jangan lupa ucapkan syukur kepada ALLAH yang memberi peluang kepada diri kita untuk meneruskan kehidupan di bumiNYA.ALhamdulillah...walaupun sebelum ini mungkin hidup kita sering dirundung pelbagai masalah,namun dengan segala kecekalan dan ketabahan kita dapat mengharunginya...memang ada ketikanya terasa perit dan pedih..tapi atas dasar kelangsungan hidup kita perlu tempuhinya dengan berani..kerana ada insan disamping kita yang ingin melihat kita tersenyum...itu melambangkan seribu kekuatan.

Thursday 30 May 2013

Assalamualaikum....selamat pagi...semoga hari ini lebih baik dari hari semalam...dan doa kak gie semoga semuanya sihat dan hidup bahagia.kelas kak gie hari ini membincangkan tentang pembelajaran percuma...seronok juga bila dapat membincangkan tentang ekonomi...kerana disini masing-masing mengeluarkan pandangan dan pendapat sendiri.Ada yang berpendapat perlu pembelajaran percuma kerana atas sebab-sebab tertentu...ada yang berpendapat pembelajaran percuma tidak perlu kerana ia sebenarnya akan memberi motivasi dan kesungguhan kepada pelajar....pada kak gie...kita patut besyukur dengan segala yang kita perolehi...yang penting kita belajar bersungguh-sungguh...


Friday 24 May 2013

perkongsian..


ASSALAMUALAIKUM.....selamat malam...semoga hari ini memberi kebahagian dan kesihatan yang baik kepada semua...
Rasanya hari ini kak gie ingin berkongsi pengalaman hidup kak gie..hidup kita tidak selalunya cerah..ada kala kita dirundung malang...kehilangan..perpisahan...penderitaan akan kita hadapi dalam sepanjang hidup kita.Apa yang boleh kak gie perkatakan adalah kesabaran paling penting..dan tiada ubat yang dapat menghapus semua itu..kecuali MASA...masa adalah ubat yang paling mujarab....memang mengambil ruang yang besar untuk masa mengubati kita....kerana itu kita perlukan kesabaran yang tinggi dalam hidup.tidak rugi kita bersabar dengan masa....yang mampu kita lakukan lagi ialah memohon kepada ALLAH...bagi seorang perempuan air mata adalah peneman yang paling setia...yang paling mengerti...setelah puas menangis hati yang derita akan lega buat seketika...jika itu yang boleh melegakanmu...menangislah....jika tidak kita akan memendam sebak dan sakit yang amat dalam....percayalah DIA ada disisimu....semoga perkongsian malam ini memberi sedikit ruang ketenangan kepada semua....selamat malam...in sya ALLAH. kita akan berjumpa lagi....

Monday 13 May 2013

TERIMA KASIH CIKGU

Assalamualaikum...hari Khamis ini...16.5..merupakan sambutan Hari Guru...terima kasih cikgu..kerana mendidik dan mengajar kak gie mengenal ABC dan mengenal dunia ini...jasamu tidak mampu dibalas dengan wang ringgit..
 Tentunya setiap sekolah sekarang sibuk membuat persediaan untuk sambutan ini..memang kak gie pun tidak sabar menyambutnya..kerana inilah harinya untuk semua guru bergembira dan merasai diri dihargai..setelah penat lelah mendidik dengan seikhlas hati...dengan sambutan seperti ini terasa ringan segala kepayahan serta kesukaran..TERIMA KASIH CIKGU....♥♡♡♡♡♡....


Friday 3 May 2013

anak kecil

Assalamualaikum....selamat malam...semoga semua sihat sejahtera..Hari Ahad ini adalah hari yang penting untuk semua rakyat Malaysia.Semoga pada hari tersebut segalanya berjalan lancar.Dalam minggu ini kak gie melihat tentang warna-warna kehidupan disekeliling kak gie.Dua insan kecil yang kuat dan tabah bertarung untuk kehidupan,Doa kak gie agar keluarga ini tabah dalam apa jua qada dan qadar ALLAH..kerana semua itu telah tersurat dan percayalah apa saja yang berlaku ada hikmah yang telah ditetapkan.

Menitis air mata kak gie melihat anak kecil pertama yang berada di ICU..badannya yang lemah..bernafas menggunakan alat bantiuan..disisinya ibu yang tidak jemu-jemu menyayanginya dan tidak lepas-lepas tangan ibu mengusap lembut kepala anaknya..yang paling kak gie tidak sanggup mendengar dan air mata kak gie tidak dapat bertahan..."adik..bangunlah....ibu ada disini..."Ya ALLAH....sebak rasa hati kak gie..bayangkan jika itu terjadi dalam hidup kita..mungkin kak gie tidak sekuat itu..Tabahlah sahabat..jika ALLAH ingin mengambilnya...redhalah..itu yang paling baik buat dirinya.

Anak kecil kedua..sangat comel..ibunya yang sentiasa mencium wajah anaknya meleraikan air mata kak gie yang asalnya tidak mahu kak gie perlihatkan dihadapan ibu tersebut.Tapi itulah sifat ibu yang tidak sanggup melihat anaknya berada dalam kesakitan..seperti ingin diganti kesakitan itu dengan dirinya...MULIA HATIMU IBU...hanya minum beberapa titis susu...kerana dirinya yang kecil itu tidak mampu untuk menerimanya....doa kak gie semoga keluarga tersebut tabah dan kuat..dan inilah takdir dariNYA untuk menguji hambanya..sekuat mana kita mampu dan itulah tanda kasihNYA kepada kita..

Saturday 9 March 2013

~♥♡..

ASSALAMUALAIKUM....hari ini hati rasa berdebar-debar,entah apa yang akan berlaku...mudah-mudahan perkara baik bakal kak gie terima..jika perkara yang tidak sedap didengar akan kak gie terima juga ketentuan dari ILLAHI..kerana DIA akan menguji hambanya kerana kasih sayangNYA..

Kak gie perlu tabah..dan belajar serta melatih diri agar kuat dan tabah..begitu juga sahabat-sahabat dan adik-adik yang lain...kerana dengan ketabahan kita mampu mengharungi hidup ini...kita sama sekali tidak mampu membahagiakan semua orang yang berada di sekeliling kita..tapi kita perlu sedaya upaya agar tidak menyakiti hati-hati mereka dengan perbuatan serta perkataan kita...

Ada yang memikirkan berdiam diri itu lebih baik...tapi sampai bila???...kalau terus melawan akan berlarutan..sedangkan diri kita perlukan kedamaian...semua keputusan ditangan kita...baik dan buruk perlu kita timbang sebaik-baiknya...andai pilihan kita salah...kita perlu
ingat dan jadikan sempadan agar tidak berulang lagi...

In syaa ALLAH...jika ada kelapangan kak gie akan berkongsi suka duka seharian dalam kehidupan...jaga diri baik-baik..hargai kehidupan kita hari ini agar kita menyesal dikemudian hari.....~♥♡....

Thursday 28 February 2013

suatu ketika

Assalamualaikum....rasanya macam nak buat madah -madah indah...


Suatu ketika dulu ...
aku pernah memgenalimu
Aku pernah menyayangi mu dan mencintaimu
Setiap saat dan detik hanya untukmu
kita bersama-sama mengejar kejayaan
kita bersama-sama ingin membina kebahagiaan

Suatu ketika dulu...
kejayaan itu milikmu..kita masih begitu
membina kepercayaan dan kesetiaan
biar jarak beribu batu...hanya doa sentiasa bersama

suatu ketika dulu...
air mata pernah mengalir kerana kekecewaan
yang tinggal hanya kenangan
disulami beribu kekuatan

Suatu ketika dulu...
hati ini pernah terluka..
hati ini terlalu kecewa..
kerap kali TERLUKA...
ketabahan hanya pengubat

Hari ini...
biar badai datang melanda
biar sindiran sering menerjah
AKU tidak akan berganjak
selagi impian tidak tercapai
selagi aku bisa bernafas
kerana SUATU KETIKA DULU...
banyak mengajar aku...

Tuesday 19 February 2013

kemanusiaan

Assalamualaikum...
subhanallah..di mana sifat kemanusiaan dan keibuan..rakyat Malaysia dikejutkan dengan perlakuan yang tidak sepatutnya dilakukan kepada anak kecil yang tidak berdosa dan tidak mengerti tentang sesuatu pun..melainkan menangis bila sakit..lapar...

Kenapa begitu kejam diperlakukan seperti itu...??!!!!...YA ALLAH jauhkanlah diriku dari sifat seperti itu dan juga jauhkan dariku dan keluargaku dari mendampingi insan yang mempunyai sifat seperti ini...tidak adakah sedikit rasa kasih sayang terhadap anak kecil itu..walaupun bukan dari darah daging sendiri...belajarlah menyemai rasa kasih sayang..cinta dan paling penting KEMANUSIAAN....

Saturday 16 February 2013

SYUKURLAH....

Assalamualaikum...selamat petang...apa khabar semua..semoga sihat disamping keluarga tercinta..hari ini kak gie ingin berkongsi sesuatu yang sebenarnya amat penting dalam kehidupan kita..ALLAH mencipta kita dengan cukup sempurna..tidak ada cacat dan celanya..jika ada itu untuk menguji kita sejauh mana kecintaan kita kepadaNYA..dan segala yang berlaku dalam hidup kita adalah kerana ketabahan kita yang pastinya ALLAH mengatur yang terbaik.

Andai diri kita terlalu sempurna jangan sesekali kita memperlekehkan insan lain..ingatlah apa yang ada pada kita..apa sahaja keistimewaan yang ada pada diri kita hanyalah pinjaman dariNYA...ALLAH maha pengasih dan penyayang...jadi terimalah apa yang ada pada diri kita dan BERSYUKURLAH...

Saturday 9 February 2013

bercuti

Assalamualaikum....apa khabar..kak gie harap semua sihat dan selamat bercuti..jangan lupa jaga diri baik-baik dan jaga kesihatan agar cuti ini memberi makna buat ahli keluarga.Yang berhasrat untuk melancong tu buat persiapan lebih awal..agar tidak ada barang penting yang tertinggal...
Bagi kak gie pula..cuti ini merupakan masa yang sesuai untuk kak gie menyiapkan tugasankak gie yang belum selesai....insyaalah kak gie akan berusaha menyiapkan tugasan itu..okey...selamat bercuti...

Saturday 26 January 2013

Assalamualaikum..selamat malam kepada semua..hari ini kak gie berada di satu tempat yang sangat cantik..makanan yang sedap dan murah..Kuala Terengganu..kak gie sampai ke sini tepat jam 8pm..pusing-pusing akhirnya salah satu hotel disini pilihan kak gie sekeluarga..
Seronok juga rasanya dapat bercuti buat seketika disamping kak gie dapat menyelesaikan beberapa hal di sini...semoga segalanya dipermudahkan oleh ALLAH..Doa kak gie agar dilembutkan hati dan segalanya berjalan lancar...bila semua sudah selesai kak gie ingin meninjau batik sutera dan menikmati makanan yang enak-enak di sini...NASI KERABU..NASI DAGANG...NASI BERLAUK....marilah datang melawat negeri Terengganu..

Thursday 24 January 2013

salam maulidur rasul.....

Assalamualaikum..

Salam Maulidur RASUL kepada semua umat ISLAM yang sudi membaca laman ini..semoga hari-hari yang mendatang kita sentiasa di bawah rahmahNYA..Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk mengingati hari yang penuh bersejarah ini.

Nabi Muhammad junjungan mulia...akhlaknya yang suci dan luhur tiada tandingan...cukup kuat dan tabah menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran.....dari kecil tabah menghadapi kehilangan insan-insan tersayang..dewasanya penuh ketakwaan...sahabat-sahabat sekeliling menyayanginya dan segala sunahnya menjadi ikutan....subhanallah...

Kita yang tinggal akhir zaman ini....ringan-ringankan mulut berselawat keatasnya..mudah-mudahan mendapat syafaat...INSYAALAAH....


Monday 14 January 2013

rezeki....

Assalamualaikum.....maaf terlalu sibuk dengan tugas seharian..sehingga kak gie terlupa untuk menjenguk laman ini....Alhamdulillah..anak-anak kak gie telah memasuki tingkatan dua dan tahun empat....semoga semua anak-anak berkesempatan untuk menuntut ilmu...




Terpanggil kak gie dengan situasi yang kak gie lihat hari ini..betapa sukarnya mencari sesuap nasi...rezeki yang halal...panas terik tidak dihiraukan kerana rezeki...mungkin kita tidak pernah terfikir bagaimana deritanya mencari rezeki...kita sepatutnya BERSYUKUR dengan seribu nikmat yang telah ALLAH beri kepada kita hari ini...Syukur Alhamdulillah..mudah-mudahan rezeki kita berpanjangan dan mereka diluar sana dapat merasai nikmat itu....AMIN.

Tuesday 8 January 2013

kuatkan hatiku...

Assalamualaikum....saat ini dan ketika ini...YaALLAH...kuatkan hatiku dalam segala dugaan yang mendatang....jauhkan aku dari sikap pendendam...kau berikan aku ruang untuk mengenal diri lebih jauh....agar aku tidak jauh dariMU...dan dekatkan aku dengan seribu kekuatan agar aku lebih tabah....kau berikan aku sedikit sinar untuk aku melangkah lebih berani....

YA ALLAH....terlalu sebak hati ini...tapi kau tidak akan menguji hambaMU tanpa sebab dan musabah....aku terimanya dengan pasrah......amin..ya ALLAH...

Sunday 6 January 2013

ulang tahun kelahiran...

Assalamualaikum....alhamdulillah...bertambahlah usia kak gie hari ini...usia makin meningkat dan perjalanan hidup semakin hampir...doa kak gie agar perjalanan hidup akan datang lebih baik dari sebelumnya....
Semoga dimurahkan rezeki..kebahagiaan bersama keluarga dan jauhkan dari segala kesempitan dan kesukaran....untuk anak-anak kak gie...semoga mereka berdua menjadi anak yang baik dan berbudi....untuk diri kak gie sendiri....semoga kak gie tabah...cekal dalam hidup ini...amin....