Thursday 28 February 2013

suatu ketika

Assalamualaikum....rasanya macam nak buat madah -madah indah...


Suatu ketika dulu ...
aku pernah memgenalimu
Aku pernah menyayangi mu dan mencintaimu
Setiap saat dan detik hanya untukmu
kita bersama-sama mengejar kejayaan
kita bersama-sama ingin membina kebahagiaan

Suatu ketika dulu...
kejayaan itu milikmu..kita masih begitu
membina kepercayaan dan kesetiaan
biar jarak beribu batu...hanya doa sentiasa bersama

suatu ketika dulu...
air mata pernah mengalir kerana kekecewaan
yang tinggal hanya kenangan
disulami beribu kekuatan

Suatu ketika dulu...
hati ini pernah terluka..
hati ini terlalu kecewa..
kerap kali TERLUKA...
ketabahan hanya pengubat

Hari ini...
biar badai datang melanda
biar sindiran sering menerjah
AKU tidak akan berganjak
selagi impian tidak tercapai
selagi aku bisa bernafas
kerana SUATU KETIKA DULU...
banyak mengajar aku...

No comments:

Post a Comment