Wednesday 26 June 2013

sifat

Assalamualaikum....kak gie rasa nak berkongsi sesuatu hari ini...pernah atau tidak kita bertemu dengan seseorang dalam hidup kita yang hanya "ada...wujud...hadir"...ketika dirinya perlukan sesuatu dari kita...kemudian hilang dalam jangka masa waktu yang lama dan hadir semula ketika perlukan kita....hadirnya setiap kali tanpa perasaan bersalah dengan segala yang berlaku...sedangkan ada satu ketika kita memang perlukannya.
   emmmmmm....susah kita nak tafsirkan sifat begini...jadi pada pandangan kak gie...kita perlu jauhkan diri darinya dari hati kita disakiti untuk sekian kalinya....jadi jika ada sesiapa yang di luar sana memiliki sifat begini...harapan kak gie agar buangkan sifat ini dan berubah menjadi manusia yang berhati ikhlas.....

Saturday 22 June 2013

bicara kakgie

Assalamualaikum...selamat malam...semoga sepanjang hari ini memberi seribu kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua..dan jangan lupa ucapkan syukur kepada ALLAH yang memberi peluang kepada diri kita untuk meneruskan kehidupan di bumiNYA.ALhamdulillah...walaupun sebelum ini mungkin hidup kita sering dirundung pelbagai masalah,namun dengan segala kecekalan dan ketabahan kita dapat mengharunginya...memang ada ketikanya terasa perit dan pedih..tapi atas dasar kelangsungan hidup kita perlu tempuhinya dengan berani..kerana ada insan disamping kita yang ingin melihat kita tersenyum...itu melambangkan seribu kekuatan.