Thursday 30 May 2013

Assalamualaikum....selamat pagi...semoga hari ini lebih baik dari hari semalam...dan doa kak gie semoga semuanya sihat dan hidup bahagia.kelas kak gie hari ini membincangkan tentang pembelajaran percuma...seronok juga bila dapat membincangkan tentang ekonomi...kerana disini masing-masing mengeluarkan pandangan dan pendapat sendiri.Ada yang berpendapat perlu pembelajaran percuma kerana atas sebab-sebab tertentu...ada yang berpendapat pembelajaran percuma tidak perlu kerana ia sebenarnya akan memberi motivasi dan kesungguhan kepada pelajar....pada kak gie...kita patut besyukur dengan segala yang kita perolehi...yang penting kita belajar bersungguh-sungguh...


Friday 24 May 2013

perkongsian..


ASSALAMUALAIKUM.....selamat malam...semoga hari ini memberi kebahagian dan kesihatan yang baik kepada semua...
Rasanya hari ini kak gie ingin berkongsi pengalaman hidup kak gie..hidup kita tidak selalunya cerah..ada kala kita dirundung malang...kehilangan..perpisahan...penderitaan akan kita hadapi dalam sepanjang hidup kita.Apa yang boleh kak gie perkatakan adalah kesabaran paling penting..dan tiada ubat yang dapat menghapus semua itu..kecuali MASA...masa adalah ubat yang paling mujarab....memang mengambil ruang yang besar untuk masa mengubati kita....kerana itu kita perlukan kesabaran yang tinggi dalam hidup.tidak rugi kita bersabar dengan masa....yang mampu kita lakukan lagi ialah memohon kepada ALLAH...bagi seorang perempuan air mata adalah peneman yang paling setia...yang paling mengerti...setelah puas menangis hati yang derita akan lega buat seketika...jika itu yang boleh melegakanmu...menangislah....jika tidak kita akan memendam sebak dan sakit yang amat dalam....percayalah DIA ada disisimu....semoga perkongsian malam ini memberi sedikit ruang ketenangan kepada semua....selamat malam...in sya ALLAH. kita akan berjumpa lagi....

Monday 13 May 2013

TERIMA KASIH CIKGU

Assalamualaikum...hari Khamis ini...16.5..merupakan sambutan Hari Guru...terima kasih cikgu..kerana mendidik dan mengajar kak gie mengenal ABC dan mengenal dunia ini...jasamu tidak mampu dibalas dengan wang ringgit..
 Tentunya setiap sekolah sekarang sibuk membuat persediaan untuk sambutan ini..memang kak gie pun tidak sabar menyambutnya..kerana inilah harinya untuk semua guru bergembira dan merasai diri dihargai..setelah penat lelah mendidik dengan seikhlas hati...dengan sambutan seperti ini terasa ringan segala kepayahan serta kesukaran..TERIMA KASIH CIKGU....♥♡♡♡♡♡....


Friday 3 May 2013

anak kecil

Assalamualaikum....selamat malam...semoga semua sihat sejahtera..Hari Ahad ini adalah hari yang penting untuk semua rakyat Malaysia.Semoga pada hari tersebut segalanya berjalan lancar.Dalam minggu ini kak gie melihat tentang warna-warna kehidupan disekeliling kak gie.Dua insan kecil yang kuat dan tabah bertarung untuk kehidupan,Doa kak gie agar keluarga ini tabah dalam apa jua qada dan qadar ALLAH..kerana semua itu telah tersurat dan percayalah apa saja yang berlaku ada hikmah yang telah ditetapkan.

Menitis air mata kak gie melihat anak kecil pertama yang berada di ICU..badannya yang lemah..bernafas menggunakan alat bantiuan..disisinya ibu yang tidak jemu-jemu menyayanginya dan tidak lepas-lepas tangan ibu mengusap lembut kepala anaknya..yang paling kak gie tidak sanggup mendengar dan air mata kak gie tidak dapat bertahan..."adik..bangunlah....ibu ada disini..."Ya ALLAH....sebak rasa hati kak gie..bayangkan jika itu terjadi dalam hidup kita..mungkin kak gie tidak sekuat itu..Tabahlah sahabat..jika ALLAH ingin mengambilnya...redhalah..itu yang paling baik buat dirinya.

Anak kecil kedua..sangat comel..ibunya yang sentiasa mencium wajah anaknya meleraikan air mata kak gie yang asalnya tidak mahu kak gie perlihatkan dihadapan ibu tersebut.Tapi itulah sifat ibu yang tidak sanggup melihat anaknya berada dalam kesakitan..seperti ingin diganti kesakitan itu dengan dirinya...MULIA HATIMU IBU...hanya minum beberapa titis susu...kerana dirinya yang kecil itu tidak mampu untuk menerimanya....doa kak gie semoga keluarga tersebut tabah dan kuat..dan inilah takdir dariNYA untuk menguji hambanya..sekuat mana kita mampu dan itulah tanda kasihNYA kepada kita..