Friday 21 September 2012

teliti

Syukur kepada ALLAH kerana memberi nafas untuk kita semua menikmati kehidupan didunia ini...

kak gie ingin berbicara mengenai betapa perlu kita meneliti dan berfikir sebelum berkata-kata,kerana tanpa sedari kita sebenarnya boleh mengguris hati dan perasaan insan lain...memang sukar untuk memastikan kata-kata yang diucapkan tidak menyinggung hati insan lain.kerana kita adalah hambaNYA yang serba kekurangan.

Banyak kekurangan diri kita...kita menilai diri kita dari setiap sudut...dan pandangan insan lain juga perlu diambil kira...kadang-kadang kita cepat melatah bila kekurangan diri kita disebut dan dibicarakan...begitu juga kak gie...tapi satu ketika nanti kita sedar itulah kekurangan kita yang pernah disebut dan dibicarakan...akhirnya kita akur dengan semua itu..

Sebagai insan...kita jadikan ikhtibar,kita perbetulkan apa yang perlu kita perbaiki...kerana kita bukannya insan yang SEMPURNA....air mata adalah teman yang paling setia bila kita meneliti diri kita sepenuhnya.....memohon dan merendahkan diri kita kepadaNYA  kerana itulah jalan yang TERBAIK.....

No comments:

Post a Comment